Format / Repair / Service RM 29 (Selangor - Shah Alam / Klang / Subang / Puchong)


Assalamualaikum & Salam sejahtera....

Jika anda mengalami masalah pada PC | Laptop seperti gambar di atas atau - slow, hang, kena virus dan sebagainya.
Jangan risau saya menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah - masalah tersebut dengan charge yang murah dan berpatutan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

Package 1
Format + driver + basic software - (RM29)

Package 2
Format + driver + basic software + backup data - (RM39)

Package 3
Format + driver + basic & Extra software - (RM49) ( FREE BACKUP )

* Operating System:
- Win XP - (32 bit)
- Win 7    - (32 / 64 bit)
- Win 8.1 - (64 bit)
- Win 10  - (32 / 64 bit)

* Basic Software (bergantung kepada permintaan dan pc specs).
- Microsoft Office 2003 | 2007 | 2010 | 2013 | 2016
- Adobe Reader DC
- Adobe Flash Player
- Gom | Vlc player
- Itunes
- Cyberlink YouCam
- Microsoft Security Essential AntiVirus
- Mozilla Firefox & Google Chrome
- Picasa
- Winrar
- Skype
- YTD downloader | IDM
- CCleaner
- Jawi
- Al-Quran

* Extra software (bergantung kepada permintaan dan pc specs).
- Adobe Photoshop | Illustrator | Indesign - CS3 | CS6 | CC 2017
- Adobe Photoshop Lightroom 5.3 | 5.6
- Adobe Director 11.5
- AutoCAD 2007 | 2012 | 2015 | 2016
- Autodesk 3D Max 2015 | 2016
- Autodesk Revit Architecture 2016
- Autodesk Maya LT 2016
- Autodesk AutoCAD Plant 3D 2018
- Catia V5R21
- SPSS version 22 | 25
- Sketchup Pro 2013 | 2017
- Solid Work 2014 | 2016
- Nitro Pro 9
- Mathlab R2014b
- Lumion 6
- Sony Vegas 12 | 13 | 14

* Lain -lain Perkhidmatan.
- Upgrade pc & laptop
- LED / LCD Screen Laptop Pecah  Problem
- Harddisk Problem
- WIFI Problem
- Keyboard Problem
- Laptop tak boleh on
- Recovery Data
- Power Jack Problem
- Charger & Battery

* Format mengambil masa 1 jam hingga 1 hari (bergantung kepada kelajuan PC | Laptop
   dan permintaan pada software)
* Harga bermula serendah RM 29 bergantung jenis service dan part.
* Sila Nyatakan Package yang anda pilih kepada kami.

CALL / SMS & WHATSAPP


Mohd Alif - 0129437593 /
isi borang pertanyaan ini
jika ada sebarang masalah

Mengapa Perlu Clean Dust dan Menukar Thermal Paste


Liger Zero Computer Service Centre  Julai 20, 2018

Laptop kita merupakan sebuah peranti elektronik, ia akan menjadi lebih panas setelah makin lama digunakan. Haba merupakan musuh nombor satu untuk laptop dan juga barang-barang elektronik. Dengan haba yang tak terkawal, laptop anda akan berkemungkinan untuk crash ataupun shutdown secara automatic.
Kipas pada laptop berfungsi seperti vacuum, mengambil udara daripada luar dan mengalirkannya keluar. Habuk dan serpihan-serpihan akan dibawa sekali masuk kedalam laptop. Sayang sekali, pada laptop tiada peralatan untuk menapis habuk-habuk ini.

Sebab yang pertama
Habuk-habuk yang dibawa masuk ke dalam laptop akan melekat pada kipas laptop, dan mengakibatkan kipas pada laptop anda menjadi berat dan berpusing dengan perlahan. Apabila kipas tidak dapat berfungsi dengan elok untuk mengalirkan haba keluar, suhu akan meningkat, memberi kesan yang buruk pada komponen dalaman laptop anda.

Sebab yang kedua
Habuk-habuk ini juga boleh menyumbatkan heatsink laptop anda dan menyebabkan system cooling pada laptop anda mejadi kurang efektif. Beberapa cara untuk anda tahu jika habuk anda tersumbat adalah, anda dengar bunyi kipas yang kuat, suhu yang sangat tinggi dan juga laptop anda kerap mati ataupun kerap restart.


Sebab yang ketiga
Thermal Paste ataupun Thermal Compund merupakan sebuah bahan dimana ia menjadi pengalir haba daripada processor dan juga cipset grafik anda kepada heatsink. Barang elektonik lebih cenderung untuk panas dan menjadi lebih panas menjadikan thermal paste itu kering. Jika tiada pengaliran haba ke luar, ia akan menyebabkan processor dan juga cipset grafik anda overheat dan rosak.


Untuk penjagaan laptop yang elok, saya sarankan anda untuk membersihkan habuk pada laptop anda dan menggantikan thermal paste yang baru.


5 Tanda Keyboard Anda Rosak


Liger Zero Computer Service Centre  Julai 20, 2018

Di antara faktor pengguna memilih laptop atas dasar portability ataupun mudah alih, jadi keyboard merupakan salah satu aspek yang menjadikan laptop ini mudah alih. Tanpa keyboard, agak sukar untuk menggunakan laptop, tidak seperti smartphone, yang mempunyai keyboard pada skrin.
Keyboard sangat sensitif terhadap sebarang jenis cecair, dan juga keganasan fizikal.

Bagaimana keyboard boleh rosak?
             Tertumpah air.
             Kerap menekan dengan kuat ataupun spam.
             Terlalu banyak habuk.

Tanda-tanda keyboard dah rosak
             Butang tercabut.
             Bila tekan, tak keluar apa-apa.
             Butang tersangkut.
             Bunyi beep yang kuat dan panjang ketika Starting Windows.
             Tekan satu butang, dua butang yang respond.

Jadi, dengan keyboard rosak, apa yang kita boleh buat?
Oleh kerana keyboard ini didatangkan dengan satu papan, ia perlu digantikan dengan keyboard yang baru kerana masih lagi tiada teknologi untuk menggantikan satu butang sahaja.