Liger Zero Computer Service Centre Julai 20, 2018
Laptop kita merupakan sebuah peranti elektronik, ia akan
menjadi lebih panas setelah makin lama digunakan. Haba merupakan musuh nombor
satu untuk laptop dan juga barang-barang elektronik. Dengan haba yang tak
terkawal, laptop anda akan berkemungkinan untuk crash ataupun shutdown secara
automatic.
Kipas pada laptop berfungsi seperti vacuum, mengambil udara
daripada luar dan mengalirkannya keluar. Habuk dan serpihan-serpihan akan
dibawa sekali masuk kedalam laptop. Sayang sekali, pada laptop tiada peralatan
untuk menapis habuk-habuk ini.
Sebab yang pertama
Habuk-habuk yang dibawa masuk ke dalam laptop akan melekat
pada kipas laptop, dan mengakibatkan kipas pada laptop anda menjadi berat dan
berpusing dengan perlahan. Apabila kipas tidak dapat berfungsi dengan elok
untuk mengalirkan haba keluar, suhu akan meningkat, memberi kesan yang buruk
pada komponen dalaman laptop anda.
Sebab yang kedua
Habuk-habuk ini juga boleh menyumbatkan heatsink laptop anda
dan menyebabkan system cooling pada laptop anda mejadi kurang efektif. Beberapa
cara untuk anda tahu jika habuk anda tersumbat adalah, anda dengar bunyi kipas
yang kuat, suhu yang sangat tinggi dan juga laptop anda kerap mati ataupun
kerap restart.
Sebab yang ketiga
Thermal Paste ataupun Thermal Compund merupakan sebuah bahan
dimana ia menjadi pengalir haba daripada processor dan juga cipset grafik anda
kepada heatsink. Barang elektonik lebih cenderung untuk panas dan menjadi lebih
panas menjadikan thermal paste itu kering. Jika tiada pengaliran haba ke luar,
ia akan menyebabkan processor dan juga cipset grafik anda overheat dan rosak.
Untuk penjagaan laptop yang elok, saya sarankan anda untuk
membersihkan habuk pada laptop anda dan menggantikan thermal paste yang baru.
0 comments:
Post a Comment